Ford F-150 Lightning turun harga, 6 hingga 10 ribu dolar lebih murah!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ford F-150 Lightning Platinum
Ford F-150 Lightning Platinum
Penawaran Tesla Model Y di pasaran tempatan dikatakan bakal membuka perang harga atau sudah pun bermula?

Sebelum dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan, harga Model 3 dan Model Y di beberapa pasaran utama telah diturunkan. 

Harga yang lebih rendah berkemungkinan akan mengakibatkan kesan domino kepada pengeluar lain.

Terbaru di Amerika Syarikat (AS), Ford menurunkan harga pikap elektrik F-150 Lightning.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kilang Pengeluaran Ford F-150 Lightning

 

Penurunan tersebut bukan kerana mahu melawan Tesla yang berlainan segmen (kecuali Cybertruck) tetapi berdasarkan beberapa faktor.

Penurunan harga disumbang peningkatan kapasiti kilang, usaha berterusan dalam penambahan produksi dan pengurangan kos dan kos bahan mentah bateri yang lebih baik.

Pusat Kenderaan Elektrik Rouge di Michigan sebelum ini ditutup selama enam minggu bagi menaiktaraf kilang untuk menambah keupayaan pengeluaran F-150 Lightning.

 

Ford F-150 Lightning Lariat

 

Kilang itu dibuka semula pada awal Ogos dan kapasiti pengeluaran ditingkatkan tiga kali ganda kepada 150,000 unit F-150 Lightning setahun.

Walaupun turun, harga baharu masih belum menyamai harga awal Lightning semasa dilancarkan ke pasaran.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah Ford beberapa kali menaikkan harga Lightning sejak 2021 susulan isu pembekalan dan kenaikan kos bahan mentah bateri.

Bukan sahaja harga dinaikkan, Ford juga pernah menggantung tempahan.

 

Ford F-150 Lightning Lariat

 

Kilang Rouge dijadual untuk mengeluarkan lebih daripada 70,000 unit F-150 Lightning pada tahun 2023.

Peningkatan kapasiti kilang membantu mengurangkan masa dalam menyiapkan tempahan pelanggan.

Dari segi perancangan, Ford memfokuskan pada varian yang mempunyai permintaan tinggi seperti XLT dan mewakili lebih daripada 50 peratus tempahan baharu.

 

Ford F-150 Lightning Pro

 

Lightning Pro pula kini tersedia dalam jumlah terhad dan dikhaskan kepada pelanggan yang setia dan menunggu sejak pelancaran.

Di dalam penawaran pikap elektrik, Ford pandai memanfaatkan nama F-150 yang merupakan pikap popular di AS.

Strategi itu juga dibuat pada Mustang Mach-E, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) EV berbanding kereta sport.

 

Penghantaran Ford F-150 Lightning

 

Berikut senarai harga Ford F-150 Lighthing:

Model

Harga sebelum

(MSRP) AS$ / RM

Harga sebelum

(MSRP) AS$ / RM

Perbezaan

AS$ / RM

Pro 59,974 / 273,440 49,995 / 227,934 9,979 / 45,495
XLT 311A 64,474 / 293,945 54,995 / 250,729 9,479 / 43,216
XLT 312A 68,474 / 312,185 59,995 / 273,524 8,479 / 38,656
XLT 312A Extended Range 78,874 / 359,574 69,995 / 319,121 8,879 / 40,480
Lariat 510A 76,974 / 350,926 69,995 / 319,121 6,979 / 31,817
Lariat 510A Extended Range 85,974 / 391,964 77,495 / 353,319 8,479 / 38,656
Platinum Extended Range 98,074 / 447,129 91,995 / 419,419 6,079 / 27,713
Destinasi dan Penghantaran 1,995 / 9,095 1,995 / 9,095 -

 

Ford turut menawarkan bonus AS$1,000 (RM4,559) kepada pelanggan yang memilih sendiri spesifikasi varian XLT, Lariat atau Platinum melalui pengedar sah dan laman web Ford.

Tawaran itu bermula dari 6 hingga 31 Julai dan walaupun sudah berlalu ada lagi daya penarik yang bagus.

 

Ford F-150 Lightning Lariat

 

Kebanyakan varian F-150 Lightning layak menerima kredit cukai di bawah Akta Pengurangan Inflasi sehingga AS$7,500 (RM34,191).

Bermula awal tahun depan, pemilik F-150 Lightning mempunyai akses untuk menggunakan lebih daripada 12,000 Pengecas super Tesla di AS dan Kanada.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Foto: Ford

 

Ford F-150 Lightning XLT

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lihat sahaja pada model seperti Atto 3 dan Dolphin yang banyak melata di atas jalan pada ketika ini…
Berita Global
Menurut perkongsian pemiliknya Jed melalui saluran YouTube miliknya, Jetters Garage, dia telah…
Berita Global
Menurut laporan dari Motor Authority, jurucakap Ford, Emma Bergg mengesahkan bahawa kedua arahan…