Katanya, bumbung berkenaan menghempap kereta milik mangsa menyebabkan cermin hadapan keretanya pecah dan hadapan kenderaan kemek.
"Siasatan mendapati parkir berbumbung kenderaan kakitangan HTI dan bumbung pejalan kaki sepanjang kira-kira 30 meter roboh dilanda ribut kencang, ketika hujan lebat.
"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, HTI sudah mengambil tindakan susulan untuk membersihkan kawasan berkenaan.