Rempuh Mitsubishi Triton rosak di lorong kecemasan, suami isteri maut

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Buletin TV3
Sepasang suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka merempuh kenderaan pacuan empat roda yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 415.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah Lembah Beringin ke Bukit Tagar, di Hulu Selangor pada Isnin.

Dalam kejadian jam 11.05 pagi, kedua-dua mangsa berusia 36 dan 38 tahun yang menaiki Yamaha NMAX terpelanting lalu terkena pada sebuah kereta yang melalui lokasi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata hasil siasatan awal mendapati suami isteri itu dalam perjalanan dari Kamunting, Perak ke Kuala Lumpur, dipercayai pulang bercuti.

"Sebaik tiba, kedua-dua mangsa disyaki tidak perasan Mitsubishi Trition yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

"Motosikal itu kemudian melanggar belakang kenderaan pacuan empat roda menyebabkan mereka terpelanting di sebelah kanan jalan dan terkena pada Toyota Vios yang sedang melalui tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, malam Isnin.

Ahmad Faizal berkata, pasangan itu yang parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Menurutnya, proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu.

"Polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kemalangan ini untuk tampil membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya

 

Buletin TV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta. "…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Anggota polis menahan kenderaan terbabit, namun pemandunya memecut laju. "Anggota polis mengekori…