Selepas Bezza, kini Honda HR-V pula rosak selepas dua minggu diguna

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Berita Harian
Seorang pengguna, Noriya Mamat meluahkan kekecewaan apabila kereta Honda HR-V yang baru dimilikinya pada Ogos lalu rosak selepas dua minggu digunakan.

Noriya terpanggil untuk berkongsi mengenai masalah yang dihadapinya susulan masalah kerosakan kenderaan yang dihadapi Nagakanni Subramaniam selepas Perodua Bezza yang dibelinya yang rosak dalam tempoh lapan jam selepas diserahkan, sebelum masalah berkenaan selesai selepas Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bersetuju untuk membelinya semula dengan harga penuh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut perkongsian Noriya di Facebook, kereta yang diterimanya pada 26 Ogos 2023 mula mengalami masalah selepas dihantar ke Pusat Servis Gong Badak, Terengganu pada 2 September tahun lalu.

Katanya, situasi dialami olehnya lebih parah apabila Pusat Servis Honda memberikan alasan bahawa mereka tidak dapat mengesan punca masalah kereta.

Selepas dua hari dari pusat servis, kereta alami beberapa kerosakan iaitu lampu depan tidak boleh dilaras, lampu penunjuk pada papan pemuka berkelip-kelip, selain lampu kecemasan juga menyala.

"Kereta dihantar semula ke pusat servis selama seminggu. Saya terpaksa berulang-alik ke pusat servis dalam keadaan saya sarat mengandung.

"Apa yang saya sedih sangat, selepas bersalin, kereta saya masih belum pulih dan alasan pusat servis, tidak dapat mengesan punca masalah kereta," katanya.

Susulan kerosakan yang dihadapi kereta miliknya, Noriya berkata, beliau hanya diberikan sebuah kereta ganti jenis Perodua Myvi yang didakwa uzur sebelum digantikan semula dengan Honda City untuk berulang-alik ke klinik dan hospital.

Selepas empat bulan berada di pusat servis itu, Noriya berkata, beliau dimaklumkan masalah yang dihadapi Honda HR-V miliknya tidak dapat diselesaikan.

"Pada 10 Januari lepas, saya dihubungi oleh Ibu Pejabat Honda Malaysia. Mereka maklumkan kereta akan dibawa ke Kuala Lumpur selama sebulan untuk mencari penyelesaian.

"Apa yang saya mahukan adalah keadilan untuk saya. Setiap bulan saya perlu membayar RM1,500 untuk kereta yang tidak saya gunakan. Mengapa pihak Honda mengambil masa yang lama untuk kes seperti ini," katanya.

Sementara itu, seorang jurucakap Honda Malaysia berkata, pengeluar kereta itu memberi keutamaan untuk menyelesaikan isu kerosakan berterusan Honda HR-V 1.5 Turbo milik Noriya itu secara baik dan pantas.

"Kami sudah berkomunikasi secara langsung dengan pelanggan berkenaan dan sedang melaksanakan siasatan mendalam dan menyeluruh berhubung perkara ini.

"Keutamaan kami ialah menyelesaikan perkara isu ini secara baik dan secepat mungkin," katanya.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jelasnya, pemeriksaan yang teliti terhadap keretanya telah dilakukan dan pihak Honda mendapati…
Berita Global
Menurut Consumer Reports, kempen panggil semula perlu dibuat disebabkan oleh risiko keselamatan…
Informasi
"Kejadian berlaku dengan pantas, sebatang besi terjatuh dari sebuah lori kemudiannya hentam enjin…