Untuk musim perlumbaan 2021, BMW M telah mendedahkan secara rasmi tiga buah jentera baharu iaitu M3 Sedan, M4 Coupe dan M5 CS bersama-sama dengan sebuah motosikal M pertama daripada BMW Motorrad, iaitu M 1000 RR.
Kesemua jentera yang dipamerkan ini akan membuat kemunculan rasmi pada musim pembukaan MotoGP yang akan berlangsung di Qatar, dan barisan ini akan lengkap dengan kehadiran kereta keselamatan BMW M8 Competition Coupe, M8 Competition Gran Coupe, kereta perubatan X5 M, dan sebuah lagi motosikal keselamatan M 1000 R pada Portugal Gran Prix (18 April).
Menurut CEO BMW M, Markus Flasch menjelaskan, "barisan kereta keselamatan untuk tahun ini akan disertai dengan dua buah motosikal M 1000 RR sebagai motosikal keselamatan. Ia merupakan model dua roda pertama M yang dibangunkan daripada sukan permotoran, dan bakal memenuhi piawaian yang ditetapkan dalam litar lumba.
BMW M3 Sedan dan M4 Coupe didatangkan dengan sistem ekzos yang telah dimodifikasi, serta tempat duduk belakang dibuang bagi menempatkan bar anti-oleng dan harnesses empat poin.
BMW M3 Competition itu dilayangkan dengan warna Frozen Grey Dark Metallic, diikuti warna Sao Paulo Yellow pada BMW M4 Coupe, dan warna Frozen Deep Green Metallic untuk BMW M5 CS.