Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan rakan pasukan baharunya, Alex Rins.

Di acara tersebut juga, HLYM juga membawakan aktiviti seperti permainan video MotoGP E-challenge dan jualan barangan eksklusif dari pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP.

Selain dari acara meet & greet tersebut, HLYM juga mempamerkan dua buah motosikal Y16ZR 2024 baharu dengan livery khas sempena Winter Test 2024 yang dipersembahkan oleh kedua-dua pelumba tersebut.

Selepas acara tersebut dijalankan di kompleks tersebut, HLYM turut menganjurkan acara menunggang bersama kedua-dua pelumba pasukan Yamaha MotoGP ke Royal Selangor, Kuala Lumpur.

Seramai lebih 120 penunggang motosikal Yamaha termasuk pasukan media dan pelumba negara, Kasma Daniel menyertai acara menunggang bersama pelumba MotoGP tersebut.

Setelah tiba di Royal Selangor, kedua-dua pelumba MotoGP di bawa melawat ke Muzium Royal Selangor untuk menyaksikan sendiri pembuatan piuter dan koleksi-koleksi pembuatan tersebut.

Untuk makluman, kedua-dua pelumba Yamaha MotoGP akan mulakan sesi winter test bersama jentera Yamaha YZR-M1 baharu mereka di Litar Antarabangsa Sepang mulai 6 hingga 8 Februari 2024.
