PEMILIK F1 SAH BELI MOTOGP

oleh Firdaus Razani|
Syarikat Konglomerat media Amerika Syarikat, Liberty Media yang juga selaku pemilik Formula One baru-baru ini telah membeli siri perlumbaan motosikal terkenal iaitu, MotoGP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol Dorna Sports dengan nilai sebanyak £3.6 bilion.

Perjanjian itu akan menyaksikan Liberty memperoleh kira-kira 86 peratus daripada Dorna, dengan pengurusan Dorna mengekalkan seluruh perniagaan.

motogp

Dorna Sports telah memiliki MotoGP sejak 1992 dan akan melengkapkan secara rasmi perjanjian itu pada akhir tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Liberty Media, Greg Maffei, berkata syarikat itu "teruja" untuk mengembangkan portfolio sukan secara langsungnya.

Beliau menambah: "MotoGP ialah liga global dengan peminat setia, bersemangat, perlumbaan yang menawan dan profil kewangan menjana aliran tunai yang tinggi.

"Perniagaan ini mempunyai peningkatan yang ketara, dan kami berhasrat untuk mengembangkan sukan ini untuk peminat MotoGP, pasukan, rakan kongsi komersial dan pemegang saham kami.”katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Dorna, Carmelo Ezpeleta berkata Liberty mempunyai "rekod prestasi yang luar biasa dalam membangunkan aset sukan".

"Kami berbangga dengan sukan global yang telah kami kembangkan, dan transaksi ini adalah bukti nilai sukan itu hari ini dan potensi pertumbuhannya," tambah Ezpeleta.

Musim pertama MotoGP berlangsung pada 1949 dengan hanya enam pusingan perlumbaan tetapi kini telah berkembang menjadi kempen 20 grand prix, meliputi lima benua.

 

SUMBER : BBC

Tags

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…
Berita Global
Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan…