Mulai esok, jumlah penumpang dibenarkan mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).
Perkara itu diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi.
Selain daripada itu, orang ramai juga kini dibenarkan untuk makan di restoran dengan kapasiti mengikut keluasan meja serta mematuhi penjarakan fizikal satu meter.
Menurut Ismail Sabri lagi, aktiviti pelancongan termasuk zoo, taman tema dan taman rekreasi di kawasan PKPB dan PKPP dibenarkan beroperasi dengan 50 peratus kapasiti premis.
Sumber: Bernama