PKP 2.0: PLUS buka semua ruang makan medan selera R&R

oleh Mohamad Hanif|
Selaras dengan pengumuman terbaharu yang dibuat oleh kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) membuka semula semua ruang makan di medan selera kawasan rehat dan rawat (R&R) termasuk dua restoran jejantas dan hentian sebelah di lebuh raya kendaliannya bermula 10 Februari 2021.

PLUS juga turut menyarankan para pengguna lebuh raya supaya sentiasa patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan, iaitu dua orang sahaja pada satu-satu masa, memakai pelitup muka, menggunakan aplikasi MySejahtera, pemeriksaan suhu badan dan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter.

Sepanjang tempoh PKP, semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah dibuka 24 jam, manakala restoran, gerai, trak makanan dan kedai serbaneka hanya beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.

Para pengguna lebuh raya adalah digalakkan untuk menggunakan fungsi Pra-Pesanan menerusi aplikasi PLUS atau menerusi pautan https://ordersini.plus.com.my/ untuk menempah makanan terlebih dahulu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata R&R sementara itu dibina bagi…
Berita Domestik
Titah baginda dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook Kesultanan Pahang pada Khamis…
Berita Domestik
"Tiada aduan diterima daripada mana-mana pihak berhubung kes itu. Kalau wanita tersebut boleh hadir…