PKP 2.0 - Aktiviti sukan permotoran dua roda, empat roda dibenarkan

oleh Mohamad Hanif|
Kegiatan sukan dan kecergasan di kemudahan komersial termasuk gimnasium, padang golf dan litar permotoran dibenarkan beroperasi, bermula esok.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Belia dan Sukan mengemuka permohonan untuk membenarkan beberapa lagi aktiviti sukan, khususnya yang bersifat individu serta tanpa sentuhan.

"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerajaan bersetuju untuk membenarkan aktiviti sukan sedemikian.

"Kebenaran diberi untuk aktiviti joging dan 'brisk walking', berbasikal dan senaman yang terhad kepada dua orang dan dilakukan dalam kawasan kejiranan sahaja, aktiviti sukan tenis, badminton, ping pong juga dibenarkan untuk acara perseorangan sahaja.

 


"Selain itu, kebenaran juga diberikan untuk sukan permotoran dua roda dan empat roda, aktiviti latihan kemahiran kendiri seperti bola sepak, bola keranjang, hoki dan sepak takraw yang dilakukan secara berseorangan serta gimnasium dan golf," katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Katanya, penggunaan kemudahan sukan dan rekreasi untuk semua aktiviti sukan sert akecergasan itu hendaklah secara penjadualan dan tempahan sahaja, iaitu 'walk-in' tidak dbenarkan.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai esok, jumlah penumpang dibenarkan mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan di kawasan…
Berita Domestik
Menurut DS Ismail Sabri, operasi sekolah memandu dan pusat latihan penerbangan kini dibenarkan…
Berita Domestik
PLUS juga turut menyarankan para pengguna lebuh raya supaya sentiasa patuh kepada Prosedur Operasi…