Rondaan agresif di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bawah kendalian ATM sejauh 85 kilometer dari Rantau Panjang ke Jeli sentiasa diperketatkan.
"Rondaan agresif dari masa ke masa dibuat supaya sempadan negara tidak mudah dibolosi oleh aktiviti jenayah rentas sempadan yang boleh menggugat kestabilan negara," katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Alor Durian, Wakaf Bharu.
Dalam pada itu Zamsari berkata, pihaknya mendapati terdapat lebih 100 laluan tikus digunakan penyeludup untuk melakukan aktiviti jenayah rentas sempadan di kawasan kawalan ATM.
Menurutnya, jenayah rentas sempadan terutamanya penyeludupan berlaku disebabkan terdapatnya penawaran dan permintaan antara Malaysia dan Thailand.