Beliau berkata setakat ini pesakit menggunakan aplikasi dalaman hospital itu untuk memesan ubat-ubatan yang kemudian dihantar oleh pemandu hospital atau perkhidmatan kurier sekali gus bertujuan menjadi hospital pertama yang akan menggunakan perkhidmatan dron di kawasan bandar.
"Kami mahu selangkah lebih tinggi, sehubungan itu, kami menjalin kerjasama dengan MHS dan Kreatif Apps bagi penyampaian perkhidmatan berkaitan perubatan yang lebih pantas," katanya pada sidang media POC Penggunaan Dron Dalam Penjagaan Kesihatan di hospital berkenaan di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MHS Mohd Fakhrul Arifin Adinan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kreatif Apps Adi Yazid Rosli.
Terdahulu, pada sesi penerbangan POC itu, dron berkenaan berlepas dari Avisena Specialist Hospital dan tiba di kediaman pesakit di Seksyen 7, di Shah Alam yang sejauh 2.9 kilometer dengan mengambil masa kira-kira enam minit.
Sebagai perbandingan, jarak pemanduan jalan raya antara hospital dan kediaman berkenaan ialah sejauh kira-kira 4.1 kilometer dengan pemandu lazimnya mengambil masa kira-kira 11 minit untuk tiba dengan kereta tanpa mengambil kira keadaan trafik semasa.