Menurut satu siaran televisyen yang dibuat pada Ahad lalu, projek pembangunaan bandar yang dinamakan sebagai 'The Line' itu akan bermula pada suku pertama tahun ini yang menampilkan komuniti masa hadapan yang terhubung tanpa sebarang kereta dan jalan raya, serta dikelilingi oleh elemen alam semula jadi.
Laporan Bloomberg turut menambah, bandar baharu itu akan memiliki kapasiti penduduk seramai 1 juta dan mampu mencipta sehingga 380,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030.
Tiada sebarang butiran lanjut didedahkan, namun menurut Putera Mahkota itu lagi bandar tersebut akan menampilkan sistem transit berkelajuan tinggi dengan perjalanan di dalam "The Line" mengambil masa kurang daripada 20 minit.
Selain daripada itu, sebuah lapangan terbang yang terbesar di dunia juga akan turut dibina di dalam The Line.
Arab Saudi pertama kali mengumumkan niat untuk mencipta sebuah bandar baharu pada tahun 2017, di mana ia akan dibina atas tanah berkeluasan melebihi 10,000 batu persegi dan bakal menjadi sebuah hab perniagaan dan teknologi.
Sumber: Bloomberg