Tesla dan Arab Saudi bincang untuk bangunkan kilang

oleh HEZERI SAMSURI|
Arab Saudi dan pengeluar kereta elektrik (EV) Tesla telah memulakan perbincangan awal untuk membina kilang pemasangan EV di negara timur tengah itu.

Laporan dari laman web Reuters semalam turut berkata desas-desus perbincangan tersebut muncul beberapa jam selepas Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan bertanya kepada Elon Musk untuk membina kilang pemasangan EV di negara beliau.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Elon juga dilaporkan telah berjumpa dengan Perdana Menteri Israel di California semalam.

Taikun itu bagaimanapun berkata laporan berkaitan Arab Saudi itu tidak benar sementara Reuters berkata wakil pelaburan Arab Saudi, Public Investment Fund tidak mahu memberikan sebarang komen.

Arab Saudi secara umum sudah menyatakan hasrat untuk menukarkan fokus ekonomi mereka dari minyak dan sudah membuktikan perubahan tersebut dalam beberapa pelaburan baharu dan juga dengan mengurangkan subsidi bahan api.

Harga seliter petrol RON 95 di Arab Saudi semalam ialah RM2.91, hampir RM1 lebih tinggi dari Malaysia pada RM2.05 seliter.

Untuk laporan lanjut, sila lawati laman web Reuters.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun tahukah anda, kos sebenar pek bateri sebenarnya jauh lebih mahal berbanding apa yang…
Berita Global
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dalam ucapan di United Nations General Assembly (UNGA)…
Berita Global
Angka tersebut dilihat jauh lebih tinggi berbanding 190,000 unit yang disasarkan pada tahun 2024.…