Tinggalkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dalam kenderaan tanpa pengawasan boleh dihukum denda lebih RM600

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Direktorat Trafik Arab Saudi memberi amaran kepada semua pemandu di negara itu supaya tidak meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan di dalam kenderaan, lapor laman berita Gulf News pada Selasa.

Mengikut undang-undang Arab Saudi, meninggalkan kanak-kanak bawah umur 10 tahun di dalam kenderaan dianggap sebagai kesalahan pelanggaran lalu lintas dengan denda dikenakan adalah antara 300 riyal (RM373.95) hingga 500 riyal (RM623.24).

Arahan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak semasa dalam perjalanan.

Pemandu-pemandu kenderaan juga dinasihatkan untuk menggunakan tempat duduk keselamatan kanak-kanak bagi meningkatkan keselamatan dalam kenderaan.

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Temujanji Perubatan dan Rujukan, Prof Dr Nawfal Aljerian,…
Berita Global
Dalam satu wawancara sampingan di Riyadh, beliau berkata ini adalah strategi untuk menghubungkan…
Berita Global
Teksi udara ialah pesawat komersial kecil yang membuat penerbangan pendek atas permintaan. Pesawat…