Hot Wheels Legends Tour merupakan satu pertunjukan kereta bergerak yang dianjurkan saban tahun bagi mencari sebuah model yang paling ikonik untuk diabadikan dalam bentuk diecast 1:64, di mana Malaysia merupakan negara Asian pertama yang dijemput untuk menyertai USA, UK, Mexico dan Jerman.
Sebanyak 12 peserta akhir telah dipilih daripada 67 penyertaan tempatan dan diadili oleh barisan hakim terdiri daripada pereka Hot Wheels terkemuka: Ryu Asadan, Phil Riehldman, Brendon Vetuskey dan Lindsey Lee.
Satu-satunya wakil Malaysia, Ravinder Singh yang merupakan pemilik THe Classic Garage, Johor telah berjaya mara ke pusingan akhir menerusi Mercenary, sebuah Morris Minor yang diinspirasikan daripada hot rod Amerika.
Binaan Mercenary dipuji oleh para hakim disebabkan penggunaan tayar zaman yang betul, serta pilihan komponen yang tepat di mana ia memberikan penampilan silhouette yang tersendiri dan tidak dapat dilupakan.
Malah, ia disifatkan sebagai 'dibina untuk diri sendiri (Ravinder Singh) untuk menghidupkan visinya'.
Acara tahunan Art of Speed kali ke-sembilan akan berlangsung di 1Utama Shopping Centre, Bandar Utama bermula 30 September sehingga 3 Januari 2021, dan kemasukan adalah percuma.
Para pengunjung bakal berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat model skala 1:1 Hot Wheels Volkswagen Fastback '65, serta lima penyertaan kereta kustom Hot Wheels Legends Tour.