Hot Wheels Legends Tour telah pun memasuki tahun ketiga penganjurannya di mana acara tahun lalu menyaksikan kehadiran lebih 110,000 peserta, 5,000 penyertaan, 18 finalis dan seorang pemenang berbakat.
Untuk tahun ini, acara tersebut akan dianjurkan secara dalam talian dan Malaysia telah terpilih sebagai salah sebuah lokasi digital untuk tahun ini dalam mencari kereta kustom buatan peminat untuk diabadikan sebagai mainan die-cast Hot Wheels.
Untuk menyertai pertandingan tersebut, para peserta perlu menghantar hasil binaan mereka dalam bentuk foto dan video di laman web https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour/ bermula hari ini sehingga 15 Oktober 2020.
Kenderaan yang terbaik akan dipilih untuk diperagakan semasa acara on-ground Art of Speed Malaysia 2020 pada 12 November ini, dan siaran langsung boleh ditonton menerusi laman Facebook Hot Wheels.
Senarai terma dan syarat boleh dirujuk menerusi pautan di bawah:
http://onestore.hotwheels.com/Static/pdf/2020_Hot_Wheels_Legends_Tour_Contest_(Amended_and_Restated_Official_Rules).pdf
Untuk pengetahuan, acara tahunan Art of Speed 2020 yang masuk tahun ke-sembilan akan diadakan pada 11-15 November 2020 bertempat di 1 Utama New Wing, Bandar Utama, dan tiada yuran kemasukan dikenakan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/