12 rekaan dari Malaysia ke peringkat akhir Hot Wheels Legends Tour 2021

oleh Mohamad Hanif|
Acara Hot Wheels™ Legends Tour kembali ke Malaysia untuk edisi kedua di mana ia merupakan satu siri global pencarian kenderaan rekaan khas untuk dijadikan sebagai model sebenar kereta mainan Hot Wheels.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menariknya, daripada 163 penyertaan yang diterima daripada rakyat Malaysia, 12 daripadanya telah disenarai pendek layak ke pusingan akhir yang dijadualkan siaran langsung pada 17 Oktober 2021, jam 8 malam di Muzium RWB.

Hot Wheels™ Legends Tour Malaysia pada tahun ini juga turut mencatatkan peningkatan penyertaan sebanyak dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Setiap penyertaan akan dinilai berdasarkan ketulenan, kreativiti, dan semangat garaj yang menyerlahkan ciri model sebagai kereta buatan khas.

Barisan juri pereka Hot Wheels terdiri daripada Brendon Vetuskey (ketua pereka Monster Trucks dan Red Line Club), Manson Cheung (pereka model 3D HW), dan Sam Kok (pemacu utama pereka pakej Mattel), sementara panel juri tempatan pula terdiri daripada Christian Coujin (pemilik koleksi RWB), Tengku Djan, dan Azrina Jane Abdullah (pemandu lagak ngeri).

Berikut merupakan senarai 12 finalis Malaysia:

  • Lee Ming Hui (Audi TT MK2)
  • Sofyan Darmadi (VW Beetle Vandetta 1969)
  • Norsayang bin Ngatiman (Toyota Corolla KE10 1968)
  • Addison Victor Liew Kian Tek (Mazda RX7 SA22C 1980)
  • Jeffrey Teoh (Ferrari 430 2008)
  • Karrthikan Amerudalingam (Proton Wira 1.5GL 1997)
  • Abdul Wahab bin Bahari (Daihatsu Mira Walkthrough Van 1986)
  • Elden Schrock (Toyota Cressida 1987)
  • Mohd Iltizam bin Mohamad Sokri (Toyota Estima TCR 21 1990)
  • Tham Kheng Ming (Toyota MRS MR2 Spyder 2002)
  • Norman Ng (Porsche Boxster 981 2014)
  • Kathires Thanabal (Honda Accord 2012)

Bersempena dengan Hot Wheels™ Legends Tour, Hot Wheels turut melancarkan promosi menarik yang boleh didapati menerusi Toys 'R Us Malaysia (https://www.toysrus.com.my/hot-wheels/) dan Shopee Malaysia (https://www.shopee.com.my/hotwheels.os).

Oktober 2021
• BELI produk Hot Wheels® RM50 ke atas, dapatkan Model Misteri Hot Wheels™ PERCUMA
• BELI produk Hot Wheels® RM200 ke atas, dapatkan model edisi terhad Hot Wheels® Nissan Laurel 2000 SGX PERCUMA

November 2021
• BELI produk Hot Wheels® RM50 ke atas, dapatkan Model Misteri Hot Wheels™ PERCUMA
• BELI produk Hot Wheels® RM200 ke atas, dapatkan model edisi terhad Hot Wheels® ‘65 Volkswagen Fastback PERCUMA

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Hot Wheels Legends Tour merupakan satu pertunjukan kereta bergerak yang dianjurkan saban tahun bagi…
Berita Domestik
Hot Wheels Legends Tour telah pun memasuki tahun ketiga penganjurannya di mana acara tahun lalu…