Satu lagi fakta menarik ialah Enkei mempunyai kilang pengeluaran di Malaysia dan ditubuhkan pada 1992.
Enkei bermula sebagai Enshu Light Alloy Co., Ltd dan ditubuhkan pada Oktober 1950.
Asalnya beroperasi di Mishima-cho, Hamamatsu dan pada Disember 1959 berpindah ke Aoi-cho juga di bandar sama.
Enkei Light Alloy Co., Ltd kemudian ditukar kepada Enkei Corporation pada Disember 1989.
Selari dengan perkembangan industri automotif Jepun, Enkei mula mengimport roda ke Amerika Syarikat pada tahun 1967.
Industri automotif Amerika Syarikat sememangnya besar dan pada Julai 1984 Enkei International Inc. ditubuhkan untuk pengurusan logistik di Troy, Michigan.
Pada September tahun berikutnya Enkei America Inc. ditubuhkan dan mengeluarkan roda aluminium di Indiana.
Selain menjalankan perniagaan sebagai pembekal roda, Enkei juga terlibat di dalam sukan permotoran.
Bukan baharu malah mencatatkan sejarah sebagai pengeluar Jepun pertama membekalkan roda kepada perlumbaan F1 pada Disember 1986.
Enkei turut terlibat di dalam mengeluarkan roda perlumbaan untuk pelbagai sukan permotoran seperti rali, drift dan dan kereta sport.
Seperti yang disebutkan awal tadi, di antara roda popular keluaran Enkei ialah RPF1. Satu perkara mengenai roda ini ialah bentuknya yang ringkas.
Kelebihan di sebalik roda ringkas ialah sesuai untuk digunakan pelbagai jenis kereta sama ada kecil atau sebesar SUV malah sepadan pada pikap!
Tahukah anda bila RPF1 dikeluarkan?
RPF1 pertama kali diperkenalkan Oktober 2001 dan merupakan roda kereta paling ringan di dunia menggunakan teknologi pengeluaran MAT atau Most Advanced Technology.
Roda ini sudah lama dan walaupun begitu masih kekal cantik dan tak lekang dek masa.
Satu lagi kelebihan apabila menggunakan roda terkenal seperti RP01 atau RPF1 ialah harga yang baik untuk set terpakai.
Jika tidak menggunakan dua roda tersebut pun harga roda Enkei masih lekat asalkan anda menggunakan set tulen!
Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Enkei