Enkei lancar RPF1RS saiz 18 inci, dari RM2,084

oleh Mohamad Hanif|
Sedar atau tidak, sudah 20 tahun sejak Enkei melancarkan rim ikonik RPF1 dengan rekaan yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Varian RPF1RS yang sebelum ini hanya boleh didapati dalam saiz 15 inci sahaja kini boleh didapati dalam saiz 18 inci yang lebih besar.

 

RFp1rs



Berdasarkan info dari laman web Enkei, terdapat dua warna yang ditawarkan untuk rim RPF1RS 18 inci ini, iaitu perak atau matte gun metallic.

Tahap kelebaran rim pula bermula dari 9.5J hingga 11J, menjadikannya sangat ideal untuk mana-mana kereta dengan pacuan roda belakang.

 

RFp1rs



Setiap rim RPF1RS ini direka menggunakan proses yang dinamakan sebagai MAT (Most Advanced Technology) yang mampu mengurangkan masa dan kos pembuatan, dan dalam masa yang sama menawarkan tahap kekuatan yang tersendiri.

Bergantung kepada tahap kelebaran dan kedalaman rim, RPF1RS saiz 18 inci ini dijual pada harga bermula dari ¥64,350 hingga ¥67,650 (RM2,084-RM2,191).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Mahkamah berpihak kepadanya dan memerintah MPKj menyelesaikan tuntutan sebanyak RM2,980,…
Berita Global
Model neo klasik ini merujuk kepada model-model era 80-an seperti Toyota Corolla AE86 dan Mazda MX-…
Berita Global
Dibangunkan dengan kerjasama BBS Jepun, produk acuan "Hanagata" ini diperbuat daripada aluminium…