IMPUL hasilkan kit aerodinamik untuk Nissan Z di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat penala terkenal Jepun, IMPUL kini menawarkan kit badan aerodinamik yang dihasilkan khas untuk kereta sports pacuan roda belakang Nissan Z 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menjadikan rupa paras Nissan Z ini lebih agresif ialah kehadiran splitter hadapan yang diakhiri dengan sirip aerodinamik pada bahagian hujung, serta penambahan struktur bersegi pada sekeliling jeriji.
 

ZX


Ia turut diserikan dengan sepasang skirt sisi, liang fender hadapan, serta pelindung cermin sisi gentian karbon, sementara bahagian belakang pula mendapat sayap belakang berbentuk aneh, serta diffuser agresif yang turut menjadi perumah kepada tip ekzos.

Keempat-empat sudut jentera itu boleh dipadankan dengan set rim Enkei bersaiz 20 inci, di mana terdapat juga opsyen untuk naiktaraf sistem brek dengan angkup enam omboh depan dan empat omboh belakang yang disediakan yang boleh disesuaikan dengan rim yang disebutkan tadi.

Senarai harga untuk setiap komponen yang disebutkan di atas adalah seperti berikut:
• Splitter hadapan - ¥132,000 (RM4,340)
• Kemasan tambahan bampar - ¥121,000 (RM3,978)
• Skirt sisi (2 pcs) - ¥154,000 (RM5,063)
• Perumah cermin sisi gentian karbon - ¥53,000 (RM1,743)
• Liang fender - ¥44,000 (RM1,447)
• Sayap belakang - ¥198,000 (RM6,510)
• Diffuser - ¥154,000 (RM5,063)
• Diffuser + sistem ekzos - ¥231,000 (RM7,595)
• Naiktaraf brek - ¥1,102,200 (RM36,238)

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti contoh, sedan saiz penuh EQS 53 AMG yang tampil dengan motor elektrik berkembar yang telah…
Berita Global
Dinamakan sebagai AMG Aerodynamics Package Plus, penawaran kit ini merangkumi pemasangan splitter…
Berita Global
Toyota Supra sudah pun selesai dilancarkan di negara kelahiran asal model JZA80 Supra, Jepun dan…