Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata ini adalah antara strategi yang akan digunakan untuk mengekang penularan virus tersebut di dalam negeri Sarawak.
Cadangan itu diumumkan selepas mesyuarat yang dilakukan siang tadi berikutan jumlah kes terkini Covid-19.
Kes sahih Covid-19 untuk kluster Sentosa kini meningkat kepada 650 selepas satu kes positif hari ini.
Jawatankuasa itu juga berkata semua pelawat dari semenanjung, Sabah dan Labuan perlu menjalani kuarantin di hotel-hotel yang telah diputuskan sebaik sahaja mereka tiba di Sarawak.
Ia akan bermula pada 1 hingga 14 Ogos ini.
*Gambar utama dari Sejarah.my