Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu diburukkan lagi dengan situasi konflik antara Ukraine-Rusia, serta perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
"Terdapat masalah kekurangan alat ganti, khususnya untuk kereta yang dibina di Eropah. Ini menyebabkan harga meningkat sebanyak 25 peratus," ujarnya.
Lim menambah, Eropah kini berdepan dengan krisis kekurangan tenaga selepas Rusia menghentikan saluran bekalan ke benua tersebut disebabkan sekatan yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah, menyebabkan kilang-kilang tidak dapat beroperasi.
Sementara itu, polisi sifar COVID (menerusi pelaksanaan sekatan pergerakan ketat) yang diamalkan oleh China turut menyebabkan gangguan bekalan komponen untuk kenderaan Jepun dan Korea Selatan.
"Banyak komponen kenderaan untuk kereta Jepun dan Korea Selatan dibuat di China, jadi polisi yang diamalkan ini memberikan kesan kepada bekalan alat ganti.
Presiden Persatuan Usahawan Automotif Prosper Malaysia, Mohd Karim A. Rahman berkata, kenaikan harga sehingga 60 peratus adalah bergantung kepada komponen yang perlu ditukar.
Beliau menambah, selain daripada alat ganti, harga komponen seperti tayar, minyak enjin dan pelincir juga meningkat antara 10 hingga 15 peratus.
"Harga pelincir biasanya meningkat 2 hingga 3 peratus setiap dua hingga tiga tahun, namun tahun ini harga meningkat dua kali ganda," ujarnya.
Disebabkan kenaikan ini, Mohd Karim menjelaskan mekanik akan berbincang dengan pelanggan berhubung harga sebelum menempah alat ganti tersebut.
"Biasanya, kami akan mengambil masa satu minggu untuk menempah alat ganti daripada pembekal, namun kini ia boleh mengambil masa sebulan untuk sampai.
Mohd Karim turut menasihatkan para pemilik kenderaan supaya berwaspada dengan barangan yang dijual dalam talian, memandangkan kualiti produk tersebut boleh diragui.
Sumber: The Star