Pelancong ke Thailand perlu kemuka bukti vaksinasi penuh

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Airports Council International
Semua pelancong antarabangsa perlu menunjukkan bukti vaksinasi COVID-19 penuh sebelum menaiki penerbangan ke Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) semalam.

Difahamkan, perubahan peraturan itu akan terus berkuatkuasa sekurang-kurangnya sehingga akhir bulan ini di mana ia dilaksanakan semula berikutan China melonggarkan sekatan COVID-19 bermula 8 Januari.

Banyak negara memberikan respons dengan mengenakan syarat tertentu kepada pelancong dari China bimbang akan jangkitan COVID-19 yang melanda Tanah Besar tersebut selepas mereka membatalkan sekatan sifar COVID-19 pada bulan lepas.

Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata, sebarang peraturan yang digunapakai di Thailand tidak boleh berat sebelah kepada mana-mana negara tertentu.

Menurut CAAT, setiap orang yang memasuki Thailand bermula Ahad ini perlulah menunjukkan bukti vaksinasi penuh, atau surat yang mengesahkan mereka telah bebas daripada jangkitan COVID-19 tidak lebih daripada enam bulan.

Sementara pelancong yang tidak mengambil vaksin perlu menunjukkan sebab kenapa mereka tidak boleh menerima vaksin.

Syarikat penerbangan perlu bertanggungjawab memeriksa dokumen yang diperlukan sebelum membenarkan mereka menaiki pesawat.

Mereka yang melakukan perjalanan dari Thailand ke negara yang memerlukan ujian negatif RT-PCR sebagai syarat kemasukan perlu menunjukkan bukti insurans kesihatan bagi menampung kos rawatan sekiranya disahkan positif sebelum meninggalkan Thailand.

Pemegang passport Thailand atau pelancong dalam transit tidak perlu menunjukkan bukti vaksinasi atau memegang polisi insurans COVID-19.

Difahamkan, penerbangan pertama Xiamen Airlines yang membawa 200 orang penumpang dijangka mendarat di Lapangan Terbang Suvanabhumi pada hari ini.

Sumber: Bangkok Post

Berita Berkenaan

Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Berhubung isu pelancong dari luar negara yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL…
Berita Domestik
Berdasarkan video yang dimuatnaik di platform YouTube "Tread The Globe", pasangan warganegara…