Tahukah anda Dacia Duster turbo ini guna petrol dan LPG?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dacia Duster Bi-Fuel
Dacia Duster Bi-Fuel
Dalam menjadikan kereta yang lebih cekap, pelbagai teknologi dibangunkan dan diperhalusi terutama sekali teknologi hibrid dan elektrik.

Bukan setakat pengeluar, kerajaan turut sama menggalakkan adaptasi teknologi tersebut melalui pemberian rebat dan sebagainya.

Bagaimanapun, ada pengeluar masih setia dengan teknologi tradisional yang menjimatkan.

Sebagai contoh, Dacia menawarkan teknologi LPG sebagai bahan bakar untuk kesemua modelnya yang siap dipasang dari kilang.

Bahan bakar seperti ini bukan sesuatu yang baharu, pada satu masa dahulu teknologi NGV begitu popular di negara kita.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Dacia Duster Bi-Fuel

 

Kedua-dua bahan bakar tersebut tidak sama, LPG merujuk kepada Liquid Petroleum Gas yang diperbuat daripada propane dan amaun kecil butane.

NGV pula bermaksud Natural Gas Vehicle dengan bahan daripada gas asli. 

Hari ini jarang kedengaran kereta yang menggunakan dua bahan bakar tersebut dan kesetiaan Dacia layak dipuji dan diberi perhatian.

Model keluaran Dacia yang menggunakan LPG ialah Duster, Sandero dan Logan MCV dengan nama khas TCe 100 Bi-Fuel.

 

Dacia Duster Bi-Fuel

 

Akronim tersebut adalah ringkasan kepada enjin 1.0 turbo tiga silinder dua bahan bakar yang menggabungkan petrol dan LPG.

Menarik bukan? Guna enjin turbo dan bahan bakar LPG. Sistem LPG disatukan dengan enjin petrol melalui integrasi sistem suntikan.

Penukaran dari petrol kepada LPG ringkas sahaja, ia boleh dilakukan secara manual atau automatik apabila tangki LPG menjadi kosong.

Bagi membantu pemandu, ada meter khas bagi mengawai aras tangki LPG dan paparan yang menunjukkan baki pemanduan. 

Mengisi tangki pula cepat dan pantas, hanya memerlukan dua minit.

 

Dacia Duster Bi-Fuel

 

Menurut Dacia, gabungan kedua-dua bahan bakar tersebut boleh digunakan lebih daripada 620 batu (998 km) di samping pengurangan CO2 dalam mod LGP.

Enjin Dacia Duster mempunyai output 100 hp dan tork 160 Nm. Enjin itu dipadan bersama transmisi lima kelajuan manual dengan pacuan roda depan.

Kelajuan maksimum ialah 170 km/j (167 km/j bi-fuel) manakala pecutan dari 0 hingga 100 km/j memerlukan 14.4 saat (13.8 saat bi-fuel).

 

Dacia Sandero
Dacia Sandero

 

Berkenaan praktikaliti, Dacia memaklumkan ruang but tidak terganggu walaupun dengan tampahan tangki LPG. 

Harga pula berpatutan memandangkan Dacia sendiri adalah jenama ekonomikal.

Sebagai contoh, varian asas Dacia Duster Essential TCe 100 4x2 Bi-Fuel ditawarkan pada harga permulaan GBP13,195 atau bersamaan RM70,233.

Penawaran teknologi LPG menunjukkan satu perkara, ia masih relevan dan hanya perlu sempurnakan teknologi sedia ada.

Lagi pula teknologi bi-fuel sudah lama dengan pihak ketiga seperti bengkel dan mekanik sudah tahu mengenainya.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Dacia Duster Bi-Fuel

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sejak 2021, Dacia giat memperkemaskan Spring sebagai contoh model 2023 dan terbaru versi…
Berita Global
  Jentera itu menggunakan kepakaran Renault Group dan Prodrive dan dibangunkan mengikut peraturan…
Berita Global
  Dari situ, Renault Group memiliki dua buah jenama mampu milik dengan masing-masing di pasaran…