Perbincangan projek MyHSR akan disambung semula

oleh Mohamad Hanif|
Malaysia dan Singapura bersetuju menyambung semula perbincangan mengenai projek infrastruktur kereta api laju KL-Singapura dalam masa terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perbincangan itu akan merangkumi beberapa cadangan perubahan dalam aspek komersial dan teknikal.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai setelah kedua-dua belah pihak bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan keputusan mengenai projek berkenaan sehingga 31 Disember 2020.

"Saya telah diminta oleh Jemaah Menteri untuk mengetuai pasukan Malaysia dalam perbincangan dengan Kerajaan Singapura mengenai projek ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Pada Jumaat lalu, Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan dilaporkan berkata, Malaysia meminta melanjutkan penangguhan cadangan kereta api laju KL-Singapura susulan tempoh akhir 31 Mei 2020.

Ia bagi membuat keputusan sama ada untuk melaksanakan projek berkenaan atau sebaliknya.

Mendedahkan perkara itu, beliau berkata, Singapura memberikan pertimbangan jitu terhadap permintaan Malaysia itu.

 


Pada September 2018, Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian untuk menggantung secara rasmi kerja pembinaan rel sepanjang 350 kilometer itu sehingga Mei 2020.

Susulan permintaan Malaysia menangguhkan projek itu, kerajaan bersetuju membayar kos menarik diri AS$15 juta kepada Singapura.

Sementara itu, pada Jun 2019, MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) dalam satu kenyataan memaklumkan, kajian semakan projek berkenaan dijangka siap akhir tahun.

MyHSR berkata, pihaknya sudah melengkapkan kajian semakan dua tender terbuka berasingan bagi melantik perunding penasihat teknikal dan perunding penasihat komersial untuk melaksanakan langkah semakan semula projek berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Persekutuan baru-baru ini juga memberi kelulusan bagi Skim Keretapi untuk Seksyen A projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Langkah itu memberi laluan kepada kerja pembinaan di penjajaran semula sepanjang 210.4 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan ke Dungun, Terengganu yang akan bermula tidak lama lagi.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, apa yang perlu dipertimbangkan sekarang ialah isu pengambilan tanah serta…
Berita Domestik
  "Kita tidak akan menghalang. Perdana Menteri telah memberikan arahan kepada saya, bahawa kita…
Berita Domestik
Perdana Menteri berkata, ketika ini Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan rakan…