Kerajaan berharap projek HSR KL-Singapura diteruskan

oleh Mohamad Hanif|
Malaysia berharap dapat mempercepatkan usaha meneruskan semula projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) bersama Singapura seawal mungkin, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perdana Menteri berkata, ketika ini Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan rakan sejawatannya di Singapura, S Iswaran, giat meneruskan perbincangan.

Dalam satu temu bual dengan beberapa wakil media asing dan BERNAMA di sini, hari ini, Ismail Sabri berkata usaha meneruskan semula projek itu akan membabitkan beberapa perubahan pada syarat dan terma asal.

"Perbincangan masih berjalan. Kalau boleh (nak) lebih cepat sebab dalam masa yang sama Malaysia juga ada perancangan untuk wujudkan HSR antara Kuala Lumpur dan Bangkok.

"Kalau boleh, kita nak link (hubungkan) Bangkok-KL dan KL-Singapura," katanya.

Beliau menbayangkan jaringan itu boleh disambung hingga ke China memandangkan China dan Thailand juga dalam proses membina rangkaian kereta api berkelajuan tinggi.

Ditanya sama ada usaha meneruskan semula projek ini adalah keutamaan pentadbiran beliau, Ismail Sabri berkata: "Bukan nak kata ia satu keutamaan, ia lebih kerana perancangan. Dah ada dari mula, dari zaman BN (Barisan Nasional) planning (perancangan) dah lengkap, cuma terbatal sekejap".

Memandangkan kos bahan mentah yang semakin meningkat, Malaysia mungkin mengkaji untuk mengurangkan saiz stesen bagi mengimbangi kos pembinaan keseluruhan projek itu.

Pada 29 November lalu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, dilaporkan berkata republik itu terbuka menerima cadangan baharu dari Malaysia berkaitan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura walaupun kedua-dua negara itu sebelum ini bersetuju menamatkan projek itu.

Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian dua hala untuk melaksanakan projek HSR pada 13 Disember 2016.

Projek sepanjang 350 kilometer yang dijadualkan siap pada 2026 itu dijangka memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar raya kepada 90 minit.

Bagaimanapun, pembinaan projek itu ditangguhkan pada September 2018 dan pada 31 Mei 2020, kedua-dua kerajaan bersetuju menangguhkan pembangunan projek dua hala bernilai RM110 bilion itu sehingga 31 Disember 2020.

Pada 1 Januari 2021, Malaysia dan Singapura mengumumkan bersama penamatan projek HSR apabila kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan bagi perubahan yang dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.

Pada Mac 2021, Malaysia mengumumkan ia membayar SG$102.8 juta kepada Singapura selaku kos yang ditanggung bagi pembangunan projek HSR dan berkaitan pelanjutan penangguhannya.

Dalam hal lain, Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang mengkaji keperluan mewujudkan laluan ketiga untuk menghubungkan Johor dan Singapura dalam usaha mengurangkan kesesakan di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia Singapura (Linkedua).

"Ia masih di peringkat perancangan, kita akan tengok kalau perlu," katanya.

Sumber: Bernama via Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
 “Faham (pertuduhan), tidak bersalah, saya sudah tolong negara banyak lama,” kata Robert Tan.…
Berita Domestik
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu berkata, inisiatif tersebut merupakan sesuatu yang tidak…
Berita Global
Raimondo berkata EV dari China boleh dijual di US sekiranya ada cukup kawalan dari kerajaan…