PMX: Malaysia setuju sambung semula projek kereta api kelajuan tinggi KL-Singapura

oleh Penyumbang Rencana 2|
gambar hiasan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan Malaysia secara dasarnya bersetuju untuk memulakan semula rancangan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata, apa yang perlu dipertimbangkan sekarang ialah isu pengambilan tanah serta perbincangan dengan Singapura berkenaan laluan kereta api berkelajuan tinggi tersebut. 

Ujarnya, "projek kereta api berkelajuan tinggi KL-Singapura ditangguhkan kerana masalah kewangan Malaysia. Sekiranya kita (Malaysia) melaksanakannya, kos akan dikurangkan dan sektor swasta akan mengambil bahagian. 

Sebelum ini, pada bulan Ogos Anwar Ibrahim menyatakan perbincangan untuk memulakan semula projek tersebut masih dalam peringkat awal, dan apabila kesimpulan dicapai, permohonan baharu akan dikemukakan kepada Singapura. 
 

myhsr


Projek kereta api berkelajuan tinggi KL-Singapura ini pertama kali diumumkan sewaktu pemerintahan Datuk Seri Najib Razak pada Februari 2013, sebelum disusuli dengan tandatangan kontrak pada 13 Disember 2016. 

Apabila siap mengikut jadual asal pada Disember 2026, perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura hanya mengambil masa sekitar 90 minit sahaja. 

Rancangan tersebut digantung oleh kerajaan Pakatan Harapan pada September 2018, di mana Malaysia dan Singapura bersetuju pada 31 Mei 2020 untuk menangguhkan perancangan tersebut sehingga 31 Disember.

Projek HSR ditamatkan pada 1 Januari 2021 selepas kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan, dan Malaysia perlu membayar S$102.8 juta (RM320 juta) pampasan kepada Singapura. 

Sumber: Nanyang

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kita tidak akan menghalang. Perdana Menteri telah memberikan arahan kepada saya, bahawa kita…
Berita Domestik
Perdana Menteri berkata, ketika ini Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan rakan…
Berita Domestik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata projek itu terbatal…