Kempen #AkuRindu ini akan berlangsung bermula Isnin (1 Jun 2020) sehingga Khamis (4 Jun 2020) dibuat berdasarkan kempen media sosial yang dibuat pada April 2020 terhadap rakyat Malaysia.
Kaji selidik itu mendapati ribuan rakyat Malaysia mengimpikan perkara-perkara seperti balik kampung, berjalan makan angin, membawa anak-anak keluar, serta menghidu aroma pastri segar.
Daripada itu, Shell Malaysia membawakan empat promosi menarik seperti:
- 1 Jun - pelanggan akan menikmati 5x mata ganjaran BonusLink untuk setiap pembelian 1 liter bahan api Shell
- 2 Jun - diskaun 50 peratus untuk pembelian pelincir motosikal Shell Advance AX7 (1L), terhad kepada 10 pelanggan pertama di setiap stesen minyak Shell
- 3 Jun & 4 Jun - tawaran harga RM1.00 untuk barangan seperti Cornetto Ice Cream (Vanilla/Chocolate) atau Goodday Milk 250 mL (Full Cream/Chocolate).
- -tawaran beli satu percuma satu untuk produk seperti Hexagon Doughnut Deli2Go (RRP Semenanjung Malaysia: RM2.90/setiap satu) dan Sardine Puff Deli2Go (RRP Sabah Sarawak: RM4.00/satu)
Kesemua tawaran di atas tertakluk sementara stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shell.com.my/AkuRindu