Shell Malaysia lancar minyak pelincir Helix neutral karbon pertama di dunia, dari RM280

oleh Mohamad Hanif|
Shell Malaysia secara rasmi melancarkan produk minyak pelincir enjin Helix neutral karbon sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam menawarkan pilihan produk yang lebih lestari tanpa berkompromi terhadap prestasi dan perlindungan enjin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun 2050.

Shell Helix terbaharu ini merupakan minyak pelincir neutral karbon yang pertama dihasilkan daripada gas asli.
 

Shell


Terdapat dua pilihan di bawah rangkaian sintetik penuh super premium, iaitu Helix Power dan Protect, diformulasi menggunakan Teknologi Shell PurePlus yang dihasilkan daripada 99.5 peratus minyak asas tulen gas asli, dipercayai dan disyorkan oleh Scuderia Ferrari.

Menurut Dato’ Ivan Tan, Pengerusi Shell Malaysia berkata, “Shell Malaysia amat berbesar hati kerana dapat menyediakan pelbagai solusi tenaga rendah karbon kepada pelanggan kami, bermula dari pengecasan kenderaan elektrik, bahan api bio sehinggalah kepada pelincir neutral karbon.

“Kami juga akan meningkatkan usaha dalam solusi berasaskan alam semula jadi bagi menjana kredit karbon berkualiti tinggi yang boleh digunakan untuk mengimbangi pelepasan yang dijana oleh pelanggan yang membeli dan menggunakan produk Shell seperti Shell Helix Power 5W yang terbaharu.
 

helix


Sempena pelancaran ini, Shell Helix juga meluaskan lagi tawarannya dengan memperkenalkan gred kelikatan 5W-40 di bawah varian Power bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Shell Helix Power 5W-40 direka khas untuk kenderaan berkuasa dan berprestasi tinggi, dan sesuai untuk kebanyakan kereta penumpang moden yang menggunakan petrol dan diesel.

Minyak enjin terbaru yang dilancarkan kini boleh didapati di bengkel-bengkel Shell yang terlibat dan bengkel-bengkel bebas lain, dengan harga runcit RM280 di Semenanjung Malaysia untuk pek empat liter dan RM280.80 di Sabah dan Sarawak.
 

Shell


Bagi memeriahkan lagi pelancaran ini, pengguna akan mendapat sebuah speaker Bluetooth percuma Shell Helix dengan setiap pembelian pek empat liter Shell Helix Power 0W-40, Shell Helix Power 5W-40, atau Shell Helix Protect 0W-30 di mana-mana kedai terlibat, selagi stok masih ada.
 
Bagi memastikan keaslian produk sebelum pembelian, pelanggan digalakkan mencari logo “Untuk Pasaran Malaysia” di bahagian hadapan label botol.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Zameer Zahur Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif, PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM…
Berita Domestik
Majlis pelancaran produk baharu itu dianjurkan pada acara perlumbaan Sepang 12 Hours 2023, dimana…
Berita Global
Produk baharu itu menyasarkan pengguna yang mencari prestasi untuk penggunaan harian, melalui…