Shell lancar formula serba baharu FuelSave 95 - 15km lebih jauh dari setiap tangki penuh

oleh HEZERI SAMSURI|
Peruncit bahan api terbesar dunia, Shell telah melancarkan Shell FuelSave 95, bahan api petrol generasi terbaharu hasil usaha lebih dari lima tahun oleh 150 saintis.

Tidak hanya sebagai pelancaran bahan api baharu biasa, Shell benar-benar mahu orang ramai mencuba formulasi terbaharu yang diyakini akan dapat dirasakan perubahannya dengan hanya setangki penuh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang lebih baik untuk konsumer dan memberikan lebih pulangan dari RM anda.

Antaranya ialah:

  • Perjalanan yang lebih jauh dari setangki bahan api kenderaan anda.
  • Pembersihan deposit yang lebih mendalam untuk memastikan enjin anda lebih bersih dari sebelumnya.
  • Perlindungan lebih baik untuk sema jenis enjin bagi melindungi komponen dalaman enjin dari hakisan dan pembentukan deposit baharu.
  • Sesuai untuk enjin-enjin teknologi lama, baharu ataupun hibrid.

Shell juga melancarkan peraduan Shell FuelSave 95 Challenge 2023 di mana sesiapa yang dapat merekodkan penjimatan bahan api terbaik menggunakan Shell FuelSave 95 baharu. Pemenang utama akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM20,000.

 

 

Turut diumumkan ialah peraduan di mana 150 orang berpeluang memenangi minyak percuma selama 15 bulan apabila mereka mengisi RM50 dengan Shell FuelSave 95 baharu. Peraduan ini ialah hasil kerjasama Shell dan Visa serta Bonuslink.

Shell berharap pelancaran formulasi Shell FuelSave 95 ini akan memberikan permulaan yang lebih bermakna kepada tawaran penyelesaian mobiliti dengan kadar penggunaan bahan api yang lebih rendah untuk jarak perjalanan yang lebih jauh.

 

 

 

Menurut Seow Lee Ming (gambar di atas), Pengurus Besar Mobiliti untuk Shell Malaysia, bahan api Shell FormulaSave 95 membuktikan syarikat kitu sentiasa berinovasi dan memperbaiki produk mereka demi untuk membantu konsumer dalam mencari penyelesaian mobiliti baharu.

"Ternyata Lebih Jauh memang memberikan sehingga 15 km lebih jauh untuk setiap tangki penuh dengan Shell FuelSave 95 formulasi baharu," ujar beliau.

Seow juga berkata Malaysia ialah negara pertama yang melancarkan formula Shell FuelSave 95 baharu ini dan formula yang sama akan dilancarkan di pasaran-pasaran Shell yang lain.

Shell mempunyai lebih dari 45,000 buah stesen di seluruh dunia, dengan lebih 1,000 stesen di Malaysia sahaja. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…
Berita Domestik
Terdiri daripada empat peringkat - Member, Silver, Gold dan juga Platinum di mana setiap satu…