Geely mahu jalin hubungan yang lebih serius dengan Daimler

oleh Mohamad Hanif|
Laporan terbaharu dari Reuters menyebut syarikat Geely sedang mengkaji kemungkinan menjalinkan kerjasama yang lebih mendalam dengan pembuat kenderaan mewah dari Jerman, Gaimler AG, menurut Pengerusi Geely dalam satu kenyataan yang dibuat pada Jumaat lalu.

Geely kini memegang kira-kira 9.69 peratus pegangan di dalam Daimler menerusi perolehan yang dibuat pada tahun 2018, dan kedua-dua syarikat telah membentuk kerjasama untuk membangunkan kenderaan elektrik Smart, serta melabur di dalam syarikat teksi terbang Velocopter.

Difahamkan, dalam satu kenyataan, Li Shufu mengesahkan bahawa Geely juga turut akan melancarkan beberapa produk dan perkhidmatan baharu ke seluruh dunia, selain pelancaran rasmi kenderaan Lynk & Co di Eropah pada tahun ini.

Li juga turut menyatakan bahawa pasaran automotif China akan kembali normal, manakala gangguan rantaian bekalan global adalah bersifat sementara dan dapat dikendalikan pada ketika ini.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Enjin itu akan dipasang pada model baharu Dacia Duster. Kilang Horse Valladolid di Sepanyol akan…
Berita Global
Antara rangkaian kuasa yang difokuskan adalah hibrid, petrol dan diesel dalam misi untuk…
Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…