Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh NHTSA, kempen panggil semula ini berpunca daripada bahan geseran yang digunakan pada komponen pad brek hadapan Brembo yang dikatakan mampu terpisah daripada plet sokongan logam.
Ini menjadikan sistem brek kehilangan keberkesanan serta menjadikan jarak pemberhentian lebih panjang berbanding sepatutnya.
Brembo turut menjelaskan bahawa kegagalan ini turut berpunca akibat kandungan bahan nikel yang tinggi di dalam kompaun geseran menjadikan pad brek lebih berliang.
Keadaan ini membenarkan bendasing seperti air dan garam memasuki pad dan mengakibatkan kakisan terhadap komponen tersebut.
Difahamkan, sehingga 7 Mei 2020, sebanyak lebih daripada 7,000 buah motosikal terkesan dengan kempen panggil semula ini melibatkan:
- Aprila - Tuono 1100RR, Tuono 1100 RF, RSV4 1000 RF, RSV4 1000 RR (2017-2020)
- Ducati - 1299 Superleggera
- Triumph - Speed Triple S (2018-2020), Street Triple RS (2018-2020), Tiger 1200 Alpine Edition (2020), Tiger 1200 Desert Edition (2020), Tiger 1200 XCA (2018-2020), Tiger 1200 XCx (2018-2020), Tiger 1200 XR (2018-2019), Tiger 1200 XRT (2018-2019), Tiger 1200 XRx (2018-2019), Tiger 1200 XRx LRH (2018-2019)
Sumber: Ride Apart