Lebih 2 juta kereta Tesla dipanggil semula di US untuk kemaskini Autopilot

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar kenderaan elektrik Tesla mengumumkan kempen panggil semula melibatkan lebih dua juta unit EV di Amerika Syarikat.

Pengumuman tersebut dibuat bertujuan untuk mengemaskini perisian Autopilot untuk model kenderaan seperti Model S, Model X, Model 3 dan Model Y yang dilengkapi fungsi Autosteer.

Agensi keselamatan National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) sebelum ini telah menjalankan siasatan terhadap teknologi Autopilot sejak 2021 lagi.

Hasil daripada siasatan menemukan sistem tersebut tidak menghalang sepenuhnya pemandu daripada menyalahgunakan fungsi Autopilot.
 

model x


Untuk kemaskini terbaharu, sistem Autopilot itu akan mempunyai kawalan tambahan yang dapat mengingatkan pemandu supaya sentiasa berwaspada dan bersedia untuk mengawal stereng pada bila-bila masa.

Selain itu, sistem yang telah dikemaskini itu mempunyai keupayaan untuk menghalang pemandu daripada terus menggunakan fungsi Autosteer sekiranya ia mengesan pemandu gagal untuk memandu dengan berhemah apabila fungsi tersebut diaktifkan.

Tesla sebelum ini dikritik keras oleh National Transportation Safety Board (NSTB) kerana kekurangan perlindungan untuk sistem Autopilot, dan NHTSA kerana gagal memastikan keselamatan sewaktu menggunakan fungsi yang sama.

Sumber: Nikkei

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan terkini, unit yang dihasilkan ini dipercayai masih dalam fasa awal atau pilot build…
Berita Domestik
Model sedan Model 3 kekal ditawarkan pada harga permulaan RM169,000, manakala Model Y terus dijual…
Berita Global
Dasar baharu ini didedahkan oleh portal automotif InsideEVs, susulan perkongsian pempengaruh Tesla…