Mungkin kerana itu ada ramai pelukis lakaran komputer yang menghasilkan hypercar-hypercar baharu Ferrari mengikut citarasa mereka.
Namun begitu, hasil lakaran dari seorang pelukis lakaran dari Poland ini menarik perhatian ramai keana ia nampak unik.
Lakaran oleh Pawel Breshke Czyzewski ini memang jauh berbeza dari cara Ferrari - ia lebih agresif dan mungkin lebih ke arah bagaimana Lamborghini menghasilkan kenderaan mereka.
Czyzewski memanggil model ini sebagai Ferrari F42, walaupun ia tidak menampakkan sebarang ciri-ciri Ferrari F40, kecuali logo F42 di spoiler belakang yang memang "dicuri" dari F40 asal.
Bahagian belakang F42 ini ternyata sangat agresif, dan penuh dengan sirip aero serta corong ekzos yang seksi. Bahagian hadapan menampilkan lampu LED yang nipis dan garang.
Kami juga pasti Ferrari tidak akan lagi menggunakan nama LaFerrari yang unik itu, tetapi adakah ia akan kembali menggunakan nama-nama berasaskan nombor seperti F40, F50 dan SF90?
Apa pendapat anda?