Ferrari pilih pelanggan?

oleh Penyumbang Rencana 2|
Jenama automotif ikonik dari itali yang kini bernilai $6.4 bilion (RM30 bilion) ini juga merupakan jenama automotif terkuat bagi tahun 2023 dengan memperolehi penarafan elit AAA+. Untuk rekod, jualan Ferrari pada tahun 2022 adalah sebanyak 13,221 unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada tahun 2016, Ferrari mendakwa ia mempunyai jumlah pelanggan tiga kali lebih ramai daripada jumlah pengeluaran model terhad LaFerrari Aperta iaitu sebanyak 209 unit.

 

Gambar: FB Johor Southern Tigers, LaFerrari Aperta milik TMJ


Model ini bernilai $2 juta (RM6.5 juta) sewaktu dirasmikan dan kini telah meningkat kepada $6.5juta (RM18.5 juta). DYAM Tengku Mahkota Johor adalah antara pelanggan elit yang memiliki model ini.

Menurut pihak Ferrari, mereka tidak dapat memenuhi semua permintaan pelanggan, oleh itu mencipta kriteria yang bertentangan dengan norma pemasaran demi mengekalkan status eksklusif jenama dan syarikat.”

Syarikat juga telah mengenal pasti beberapa kriteria untuk memilih pelanggan bagi setiap pelancaran model yang terhad. Antaranya ialah sejarah pelanggan dengan syarikat, jumlah serta variasi model yang pernah dibeli dan kekerapan kehadiran dalam acara-acara rasmi syarikat. 
 

ferrari


Terdapat juga kriteria yang tak dinyatakan seperti, sama ada pelanggan telah cuba menjual kereta dengan cepat untuk mendapatkan keuntungan (flip) dan sama ada mereka setia kepada jenama Ferrari, atau sering mencuba jenama saingan terdekat  iaitu Lamborghini.

Senarai nama pelanggan yang memenuhi semua kriteria akan ditapis oleh lembaga pengurusan dan seterusnya akan disahkan oleh pengerusi syarikat.
 

ferraro


Sebagai contoh, youtuber automotif terkenal Shmee150 (Tim Burton) adalah antara pelanggan tetap Ferrari yang telah diberikan slot tempahan bagi model terhad yang terbaru.

Sebagai pelopor youtuber terkenal dalam bidang automotif, beliau mempunyai reputasi yang baik serta mampu menarik minat pelanggan generasi baru kepada jenama Ferrari.

Setelah memiliki 6 unit Ferrari (FF, 2 unit GTC4 Lusso, SF90 Stradale, 296 GTS, Purosangue), Tim seterusnya layak mendapat slot tempahan bagi model SF90XX Stradale.
 

ferari


Seorang pelanggan elit dari Amerika yang juga merupakan salah seorang duta Ferrari dikenali sebagai David SK Lee. Beliau terkenal dengan koleksi Ferrari yang hebat dan memiliki hampir kesemua model Ferrari moden termasuk model-model terhad.

Namun begitu, beliau tidak berjaya memiliki slot tempahan model LaFerrari dan LaFerrari Aperta atas alasan beliau terlalu mendedahkan koleksinya secara meluas kepada umum melalui media sosial.

Kesimpulannya, istilah pelanggan sentiasa betul dan duit boleh beli segalanya tidak terpakai sama sekali di Ferrari. Konsep pelanggan memilih Ferrari juga tidak boleh diguna, sebaliknya Ferrari yang memilih pelanggan terutamanya bagi model-model pengeluaran terhad.

Tuan-tuan, inilah dinamakan sebagai masalah orang-orang kaya.

Penulis: Faiz Ayob

Berita Berkenaan

Berita Global
Tuntutan itu mendakwa bahawa pembuat kereta itu hanya boleh memberikan penyelesaian "interim" untuk…
Berita Domestik
Selain dari Hyundai, syarikat itu kini mempunyai pelbagai jenama automotif lain di bawah lembayung…
Berita Domestik
Pusat pameran seluas 3,826 kaki persegi itu menyediakan ruang pameran yang dapat memuatkan dua buah…