Perkhidmatan adalah berdasarkan temujanji sahaja. Pelanggan perlu menghubungi pusat servis terdekat untuk mengesahkan pusat servis berkenaan telah mula beroperasi, dan seterusnya menetapkan temujanji yang sesuai sebelum datang ke premis.
Pelanggan juga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi PKP ketika dalam perjalanan.
Segala usaha akan diambil untuk memastikan keselamatan dan perlindungan pelanggan ketika mereka berada di pusat servis. Menjaga jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter atau lebih akan di amalkan bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan virus.
Berkenaan semua kenderaan yang dibeli daripada UMWT atau pengedar rasmi dengan tempoh jaminan sah yang berakhir di dalam tempoh PKP, lanjutan 30 hari akan diberikan bermula dari hari terakhir PKP dilaksanakan nanti.
Syarikat juga akan terus menyediakan sokongan serta bantuan kepada semua pelanggan yang mempunyai sebarang kecemasan atau pertanyaan sepanjang tempoh PKP melalui talian hotline sedia ada.
Pelanggan boleh menghubungi nombor-nombor seperti yang tertera di bawah untuk maklumat lanjut:
Pertanyaan dan bantuan umum *Isnin-Jumaat, 8 pagi - 7 malam |
1800-8-TOYOTA (869682) |
Hotline tambahan *Isnin-Jumaat, 8 pagi - 7 malam |
017-6278982 016-8696107 014-3335380 016-6332865 016-6387678 011-273 55039 |
Bantuan kecemasan 24 jam |
1800-888-247 |
Emel sokongan pelanggan |