COVID-19: Kesemua jenis Bazar Ramadan pandu lalu, tempah, ambil TIDAK DIBENARKAN!

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan memutuskan sebarang perniagaan yang berkaitan dengan bazar atau gerai Ramadan termasuk bentuk pandu lalu atau tempah serta ambil tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan pagi tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Mesyuarat hari ini telah meneliti dan mendengar pandangan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tentang perancangan mereka untuk membuka e-iftar iaitu gerai yang menjual kuih-muih atau lauk pauk untuk bulan Ramadan tidak dibenarkan.

 

“Kalau kita wujudkan bazar misalnya 50 bazar sekelompok dan e-hailing (penghantar makanan) datang ambil di bazar tersebut selepas lakukan pesanan ia juga tidak boleh kerana gerai seperti itu tidak boleh (dibuka).

 

"Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan yang berkaitan dengan bazar atau gerai Ramadan termasuk konsep pandu lalu atau tempah dan ambil adalah tidak dibenarkan.,” katanya selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

 

Menjelaskan lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, keputusan itu dibuat selepas semua perkara diteliti khususnya dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19).

 

Menurutnya, seperti yang diumumkan semalam hanya perkhidmatan melalui pesanan dalam talian dan dihantar menggunakan e-hailing sahaja dibenarkan.

 

“Perniagaan e-hailing biasa yang telah dilaksanakan sekarang dengan menghantar pesanan ke rumah boleh diteruskan seperti biasa,” katanya.

 

 

SH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…