Reuters melaporkan bahawa Toyota Motor Corp telah mengeluarkan kenyataan media semalam dengan mengumumkan bahawa pengeluaran kenderaan pasang siap akan dikurangkan sehingga 40 peratus di Jepun pada bulan Mei nanti akibat permintaan yang berkurangan di seluruh dunia akibat pandemik COVID-19.
Dengan tindakan tersebut, Toyota Motor Co akan cuma menghasilkan sebanyak 79,000 kenderaan sahaja pada bulan Mei nanti.
Operasi pengeluaran juga akan dihentikan dan masa bekerja juga akan dikurangkan kepada satu shift bekerja sahaja.