Pelancaran Grand Carnival 11-tempat duduk untuk Malaysia ditunda kerana COVID-19

oleh HEZERI SAMSURI|
Naza Kia Malaysia sepatutnya melancarkan varian 11-tempat duduk untuk Grand Carnival tetapi terpaksa ditunda kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga wabak coronavirus yang melanda.

Grand Carnival yang dijual sekarang mempunyai lapan tempat duduk dan ruang kabin serta but antara yang terluas di dalam pasaran MPV tempatan. Ia juga mendapat penarafan 5 bintang dalam ujian Australian NCAP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
kia grand carnival 11

 

Merujuk di dalam gambar, ruang kabin dengan 11-tempat duduk memang nampak sempit sedikit dan ruang but yang mempunyai "ruang dalam" itu digantikan dengan barisan tempat duduk keempat.

Namun begitu, dengan usaha kerajaan mewajibkan penggunaan tempat duduk kanak-kanak dan pemakaian talipinggang keledar untuk penumpang belakang memerlukan sebuah kenderaan yang mempunyai cukup tempat duduk untuk semua ahli keluarga.

Menurut sumber Careta, enjin dan kelengkapan bagi varian baharu ini sama sahaja seperti Grand Carnival sedia ada (varian facelift).

Grand Carnival menggunakan platform khusus untuk MPV, dan bukannya dikongsi dengan platform van komersil seperti dari beberapa jenama lain.

 

 

Ini menyebabkan Grand Carnival mempunyai kabin yang lebih mewah, senyap, selesa serta pengendalian yang baik. 

Saiznya adalah lebar dan panjang sedikit dari Toyota Vellfire sementara harganya sama dengan MPV terpakai Jepun berusia tiga atau empat tahun. Beza paling ketara, Kia ini mempunyai waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Enjin diesel 2.2L CRDi yang digunakan juga adalah enjin diesel paling modern dan menjimatkan di dalam pasaran MPV tempatan. 

 

 

Ia menghasilkan 200 PS dan 440 Nm dan menggunakan transmisi automatik 8-kelajuan. Ini jauh lebih berkuasa dari MPV berenjin petrol, turbo ataupun tidak.

Menurut pengalaman Careta, Grand Carnival mampu mencapai jarak perjalanan melebihi 1,000 km dengan setangki (80 liter). 

Harga Grand Carnival bermula dari RM160,000 untuk varian KX tetapi untuk varian 11 tempat duduk, kami jangkakan harganya akan berada di antara varian KX dan RM185,000 untuk varian SX.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Panggilan telefon yang kami terima ialah dari syarikat Bermaz dan mereka mahu informasi berkaitan…
Hezeri Samsuri
Ramai menghela nafas lega kerana veteran industri automotif, Datuk Ben Yeoh pastinya akan membawa…
Berita Domestik
  Pusat 3S ini telah dirasmikan pada tahun 2011, diikuti dengan Red Cube Johor Bahru dan pada…