Bermaz akan umum ambil alih Kia dalam masa terdekat

oleh HEZERI SAMSURI|
Peminat dan pemilik kenderaan Kia boleh menghela nafas lega kerana jenama itu bakal menerima pemilik baharu.

Baru-baru ini Careta mendapati bahawa ramai pengedar-pengedar Kia sudah dihubungi oleh pihak Bermaz berkaitan akan penukaran pemegang rasmi jenama Korea itu di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Panggilan telefon yang kami terima ialah dari syarikat Bermaz dan mereka mahu informasi berkaitan jumlah stok kenderaan baharu yang ada dalam tangan dan pelbagai perkara lain.

Kami juga diberitahu bahawa akan ada sistem baharu yang akan digunakan untuk Kia," ujar salah seorang pengedar yang Careta hubungi.

Sebelum ini ramai pemilik Kia mengadu bahawa servis percuma yang dijanjikan sudah tidak ditepati oleh pust servis.

 

 

"Kami tak mampu untuk beri servis percuma kerana ia akan datang dari poket kami sendiri, bukan dari Naza Kia," ujar seorang lagi pengedar yang Careta hubungi berkaitan dengan servis percuma yang seolah-olah terbatal tanpa diberitahu kepada pemilik-pemilik.

Kehadiran Bermaz sebagai pemegang baharu jenama itu dikira sebagai satu rahmat kepada pemilik-pemilik sedia ada yang mahu membuat tuntutan waranti dan sebagainya. Harga jualan terpakai Kia juga merudum jatuh kerana masalah "gantung-tak-bertali" sekarang ini,

Ada juga sumber dari industri yang berkata "Kia Malaysia" ini akan mempunyai pegangan saham yang lebih besar dari Kia Motors Korea sendiri.

 

 

Yang pasti, ada tiga isu tergantung di kalangan pemilik Kia sekarang ini yang perlu diambil tahu dan diselesaikan oleh pemegang baharu Kia:

  1. Isu servis percuma
  2. Isu tuntutan waranti
  3. Isu pakej Value 5 yang menjamin harga jualan terpakai selepas 5 tahun

Naza Kia sudah menutup kesemua pusat servis milik mereka sendiri dan sebarang pertanyaan mengenai tiga isu di atas gagal dijawab dengan meyakinkan.

Kebanyakan kakitangan Naza Automotif juga sudah bersara atau diminta mengambil pakej VSS.

Bermaz yang diterajui oleh orang lama, Datuk Sri Ben Yeoh pula memang dikenali sebagai sebuah syarikat yang berjaya membawa naik jenama sejuk kokol Mazda menjadi sebuah jenama popular.

Tahun lalu Bermaz dan Kumpulan Berjaya telah mengambil alih jenama Peugeot, Citroen dan DS dari Kumpulan Naza dan kini sedang menyusun strategi-strategi untuk menaikan semula singa Perancis tersebut.
 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…