Kemalangan: Pemandu Gemballa Mirage GT mabuk ditahan!

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki pemilik Gemballa Mirage GT telah ditahan pada pagi Selasa yang lalu kerana mengakibatkan kemalangan di Midtown Manhattan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Insiden yang berlaku pada jam 7.30 pagi itu didapati melanggar beberapa buah kenderaan yang diparkir di tepi jalan 11th Avenue sebelum berhenti di 44th Street berdekatan Javits Center, lokasi di mana acara New York Motor Show berlangsung saban tahun.

Menurut kenyataan daripada New York Police Department, pemilik Gemballa Mirage GT tersebut, Benjamin Chen telah ditahan kerana mengoperasikan kenderaan ketika di bawah pengaruh dadah serta pemanduan yang berbahaya.

Mengikut laporan daripada Road & Track, Benjamin Chen merupakan seorang yang terkenal di laman media sosial kerana gemar mengumpul kenderaan eksotik.

Gemballa Mirage GT merupakan kereta sports yang diproduksikan oleh Gemballa berdasarkan Porsche Carrera GT, serta mampu menjana kuasa sehingga 800 hp.

Difahamkan, Mirage GT yang dipaparkan dalam artikel ini merupakan salah satu daripada 25 unit yang dihasilkan oleh Gemballa di seluruh dunia.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Exotics Vs Classics (@speedtimers) on

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TURNPIKE RACING LEAGUE®️ (@trlrace) on

Berita Berkenaan

Berita Global
Mereka juga mendakwa beg udara gagal berfungsi dan pintu kenderaan tidak terbuka selepas kemalangan…
Berita Global
Malah, ia tetap satu kesalahan jenayah walaupun bahan itu tidak diterbitkan langsung di mana-mana…
Berita Domestik
Pihak Polis Daerah Sungai Buloh telah mengesahkan kejadian tersebut telah berlaku pada jam 12.40…