Pihak Polis Daerah Sungai Buloh telah mengesahkan kejadian tersebut telah berlaku pada jam 12.40 tengah hari 30 April 2024 di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh.
Hasil siasatan, kejadian dipercayai berlaku ketika dua lelaki berbangsa cina yang juga merupakan pekerja di pusat servis tersebut sedang mengisi angin tayar sebuh jentolak.
Namun tiba-tiba tayar tersebut telah meletup dan terkena kepada kedua-dua mangsa dan mengakibatkan seorang mangsa mati di tempat kejadian dan seorang lagi cedera parah.
Mangsa cedera parah telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut.
Kertas siasatan ‘Sudden Death Repot’ (SDR) telah dibuka berkait dengan kejadian tersebut, PDRM menasihatkn kepada orang awam supaya tidak menyebarkan atau membuat apa-apa spekulasi tentang kejadian ini.