Ténéré 700 menggunakan enjin 689cm³ dua silinder sebaris 270° yang dipasang pada rangka ringan. Enjin itu disesuaikan dari Yamaha MT07.
Kuasa enjin ialah 72.4hp pada 9,000 rpm dan tork 68Nm pada 6,500 rpm.
Nisbah transmisi enam kelajuan pula direka bagi menghasilkan daya kilas dari tahap rendah sehingga sederhana dalam memberikan respon tunggangan.
Seperti lagaknya, motosikal ini mempunyai pelbagai postur tunggangan selain dari tahan lasak dan mudah diselenggara.
Badan Ténéré 700 dibuat langsing sama seperti tangki minyak dan kerusi rata berbentuk V membolehkan penunggang mengapit tangki semasa duduk atau berdiri dan menambah keyakinan di atas jalan bertanah atau aspal.
Walaupun nampak seperti satu fungsi, motosikal ini dibina dengan keseimbangan pelbagai guna seperti off-road, kembara dan touring.
Tangki minyak berkapasiti 15.8 liter boleh digunakan sehingga 346 kilometer (spesifikasi Amerika Syarikat).
Di AS, Yamaha Ténéré 700 dijual pada harga permulaan $9,999 (RM43,575). Kepada yang berminat tiada lagi maklumat sama ada motosikal ini bakal ditawarkan atau tidak di pasaran tempatan.
Penulis: Muhammad Md Tajudin
Kredit foto: Yamaha