Yamaha Ténéré 700 & Ténéré 700 Rally Edition 2023 dilancarkan di Eropah

oleh Penyumbang Rencana 2|
Pada 1 November 2022, Yamaha Motor Europe secara rasminya telah melancarkan Tenere 700 dan Tenere 700 Rally Edition 2023 dengan beberapa naik taraf dan kemaskini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemaskini yang terbaharu mungkin tidak banyak perbezaan dengan model sebelumnya tetapi mungkin dapat menarik minat para penunggang.

Untuk model tahun 2023, kedua-dua Tenere 700 dan Tenere 700 Rally Edition mendapat paparan meter TFT 5 inci dwi-tema yang baharu. Penunggang boleh memilih jenis paparan yang mereka inginkan,daripada mod jelajah hingga mod jalanan.
 

tenere


Bagi tetapan mod jelajah, ianya mengekalkan fokus pada RPM supaya penunggang boleh mengekalkan tork motosikal dalam julat yang diperlukan apabila menunggang di laluan off-road.

Selain itu, bagi tetapan mod jalanan (Street mode), ianya memberikan paparan yang lebih tradisional dengan paparan analog serta dail berbentuk bulat yang memberikan maklumat semasa menunggang.  

Di samping itu, motosikal ini juga didatangkan dengan kemas kini sambungan telefon pintar.
 

Tenere


Dengan menggunakan aplikasi Yamaha MyRide yang boleh dimuat turun secara percuma, penunggang boleh menyambungkan telefon pintar mereka kepada motosikal untuk melihat notifikasi daripada telefon pada paparan meter motosikal.

Selain naik taraf paparan meter, motosikal ini juga menerima kemakini ABS yang dinaik taraf. Berbanding model sebelumnya yang mempunyai ABS yang boleh dihidup dan dimatikan, model tahun 2023 ditawarkan dengan ABS yang mempunyai 3 mod pilihan sama seperti pada versi World Raid.
 

Tenere


Kedua-dua model Tenere 2023 juga didatangkan siap dengan pemasangan aksesori quickshifter terus dari kilang. Antara kemaskini tambahan yang lain termasuk tuil brek hadapan yang direka semula,di mana binaannya lebih kukuh.Selain itu, ia juga didatangkan dengan soket USB baru bagi menggantikan soket 12v yang lama.

Bagi Tenere 700, ianya didatangkan dengan 2 jalur warna dan grafik, iaitu Icon Blue dan Tech Kamo, sementara model Tenere 700 Edisi Rali pula didatangkan dengan 1 sahaja jalur warna dan grafik, iaitu Heritage White.
 

Tenere


Apa pandangan anda terhadap motosikal adventure daripada Yamaha Motor Europe ini? Adakah ianya bakal memasuki pasaran Malaysia kelak?

Sumber: RideApart
Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Hadir sebagai model generasi terbaharu, Tenere 700 untuk pasaran Malaysia juga didatangkan dengan…
Berita Global
Ténéré 700 menggunakan enjin 689cm³ dua silinder sebaris 270° yang dipasang pada rangka ringan.…