Menggunakan kepakaran di dalam teknologi pencetakan tiga dimensi dan CAD, Jaguar Land Rover akan meminjamkan fasiliti prototaip tiga dimensi pantas bagi memproduksikan visor pelindung.
Jaguar Land Rover bekerjasama dengan pasukan NHS untuk menemukan formula yang tepat bagi membolehkan visor yang dihasilkan itu boleh digunakan semula beberapa kali, sekaligus menjimatkan kos penghasilan dan menepati piawaian yang telah ditetapkan.
Selain itu, rekaan visor muka Jaguar Land Rover ini turut direka supaya mudah untuk ditanggalkan dan dibersihkan dengan teliti sebelum boleh digunakan kembali.
Menurut Ben Wilson, pengarah rekaan prototaip dan pembuatan aditif berkata, "ini merupakan satu kerja yang sebenar, kami telah menguji penggunaan beberapa jenis bahan dan menambahbaik rekaan sedia ada mengikut input daripada doktor dan jururawat yang bertugas.
"Hasilnya, sebuah produk yang serba unik dan ternyata sesuai dengan tujuan ia diciptakan," tambah beliau.
Jaguar Land Rover mensasarkan penghasilkan visor muka sebanyak 5,000 unit setiap minggu untuk kegunaan petugas NHS di seluruh UK.