Produksi model XE, XF, F-Type ditamatkan Jun ini, Jaguar jadi jenama SUV mewah

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar kenderaan mewah Britain, Jaguar dilapor akan menamatkan produksi model-model seperti XE, XF, dan F-Type dalam tempoh beberapa minggu lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Autocar UK, Jaguar mengesahkan operasi pemasangan Castle Bromwich bagi model yang dimaksudkan itu akan ditamatkan pada bulan Jun ini bagi memberikan laluan kepada penghasilan model yang lebih moden.

Ini bermakna, setelah model XE, XF dan F-Type ditamatkan, Jaguar akan menjadi sebuah jenama SUV mewah sahaja menerusi penjualan model I-Pace, E-Pace dan F-Pace sepanjang tahun ini.
 

f-type


Ini kerana bermula tahun 2025, Jaguar dijangka akan melancarkan pesaing Porsche Taycan dalam bentuk grand tourer (GT) empat pintu berkuasa 600 hp, diikuti dengan SUV mewah dan sebuah lagi sedan bersaiz besar pada tahun berikutnya.

Ketiga-tiga model baharu itu dibangun menggunakan platform bespoke JEA yang langsung tiada kaitan dengan model sedia ada.

 

spitfire


Fasiliti di Birmingham itu mempunyai sejarah yang agak menarik, di mana pada asalnya ia merupakan lokasi pemasangan bagi model pesawat tempur Spitfire dan Lancaster semasa era Perang Dunia Kedua.

Ia kemudian diambil alih oleh Jaguar Cars pada tahun 1977 untuk digunakan bagi memasang model-model seperti XK, XJ dan S-Type.

Sumber: Autocar UK