Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama iaitu Range Rover, Defender, Discovery dan Jaguar.
Serentak dengan itu, JLR turut memperlihatkan logo baharu yang lebih minimalis, menggambarkan keanggunan, kehalusan dan juga kemodenan.
Ia tidak membawa makna JLR akan terus mengabaikan nama ikonik Land Rover, malah ia masih lagi akan dikekalkan sebagai warisan bersejarah syarikat itu pada kenderaan, laman web, media sosial dan laman peruncitan.

Menurut ketua pegawai kreatif Gerry McGovern berkata, Land Rover akan menjadi tanda kepercayaan bagi jenama Defender, Range Rover dan Discovery.
"Realitinya, Range Rover merupakan sebuah jenama, begitu juga Defender.
"Pelanggan berkata mereka memiliki sebuah Range Rover. Dalam dunia mewah, anda memerlukan kejelasan mutlak, dan nama 'Land Rover Range Rover SV Autobiography tidak memenuhi ciri tersebut.
Menjelang akhir dekad ini, jenama-jenama Discovery, Defender dan Range Rover akan mempunyai sekurang-kurangnya satu model EV, manakala Jaguar pula akan menjadi jenama EV sepenuhnya menjelang tahun yang sama.
Sumber: Autocar