Bagi menghilangkan kebosanan anda yang duduk di rumah, kami bawakan sebuah lagi contoh modifikasi yang dilakukan oleh ABT terhadap Audi RS4 Avant, tampak jahat berbanding kebiasaannya.
Sebagai permulaan, enjin asal bentangan V6 2.9 liter turbo berkembar itu telah pun ditala semula dan dengan tambahan kit penyejukan cecair dan sistem ECU, wagon ini berjaya mengestrak 80 kuasa kuda tambahan.
Ini menjadikan Audi RS4 Avant ABT sebuah wagon yang berkuasa sehingga 530 kuasa kuda, dan dengan tambahan kuasa sedemikian, opsyen naiktaraf intercooler turut ditawarkan.
Untuk memadankan kuasa sedia ada dengan rupa yang lebih mengancam, ABT turut menawarkan spoiler belakang yang diperbuat daripada CFRP dengan kemasan berkilat, serta sistem ekzos juga diperbuat daripada gentian karbon.
Selain daripada kelengkapan yang disebutkan di atas, ABT telah menambah beberapa aksesori opsyen seperti rim bersaiz 20 dan 21 inci, spring dengan ketinggian boleh laras, bar anti-oleng, serta kemasan ventilasi pada arca roda hadapan.