Keuntungan operasi ialah € 52 juta (RM245.9 juta) berbanding € 49 juta (RM231.7 juta) pada 2018. Margin operasi ialah 7.2 peratus berbanding tujuh peratus tahun sebelumnya.
Perolehan untuk setiap angka jualan ialah sekitar €13,500 bagi sebuah motosikal dan merupakan nilai tertinggi dalam sejarah syarikat.
Model manakah yang menyumbang kepada pencapaian itu?
Tidak lain tidak bukan ialah Panigale dan Multistrada. Panigale adalah motosikal super sports bike terlaris dunia untuk tahun kedua berturut-turut.
Pegangan pasaran Panigale dalam segmen ialah 25 peratus manakala pengenalan 950 S dan 1260 Enduro yang diperbaharui membolehkan siri Multistrada merekodkan nilai jualan tertinggi sejak memasuki pasaran pada 2003.
Ducati Motor Holding sekarang ini mempunyai 1,655 pekerja dengan rangkaian jualan sebanyak 720 pengedar dan pusat servis di lebih 90 buah negara.
Penulis: Muhammad Md Tajudin